kengkawan

Selasa, November 29

jalan-jalan ujung minggu

Salam Maal Hijrah 1433H utk kawan2 semua...

Alhamdulilah kita dh sambut tahun islam beberapa hari lepas..seperti biasa lah setiap
kali dtg tahun baru mesti lah ada azam baru kan...cam aku gak lah..
wpon ada gak azam2 thn lepas yg belum tercapai..thn ni tetap gak nk tanam azam yg sama..
to be a better as a muslim,daughter,wife and mother....itu lah azam aku setiap tahun
untuk nk memperbaiki diri sendiri...amin..

Cuti hujung mggu lepas tak kemana-mana,cuma bawa anak-anak berjalan jer...ye lah
masa ni jer ada utk bersama anak-anak....sebelum tu bawa adik pergi sunat dulu...dh nk masuk
4 bln pon dia br nk bersunat..hehe

posing dulu sebelum pi sunat......


dh selesai bersunat adik bw anak2 pi jalan2 kt Telok Chempedak..ish lama dh rasa
tak pegi sana last pegi masa aku preg 4 bulan.skrg adik dh masuk 4 bulan..
kemain seronok lagi budak berdua tu...





peaceeeee....

tu dia dh dpt belon sorg satu...
kemain adik seronok sgt dia tuhhhh.....
ummi enterpreme skit...



tgh seronok2 duk main hujan pulak...si Husna nk mkn pi KFC...so pegi lah
Mega Mall..menyantap KFC...




amboi Dania klu dpt mkn kfc....


Selasa, November 22

menu berbuka smlm

Alamdulilah br lepas 1 hari aku berpuasa..ada 29 hari to go...huhuhu...
smlm aku masa simple2 jer..mana terkejar dgn dak amani tu nk tdo..
time berbuka lak skrg awal...sib baik bhn2 dh siap tinggal masak jer...


pucuk paya pantai msk lemak

bahan2

pucuk paya pantai - petik belakang umah jer
keledek/kentang
udang kering
bawang merah
santan
garam
gula

cara aku masak

tumbuk bwg merah+udang kering
pastu masuk semua bhn dlm periuk
masak spai keledek lembut...eh jgn lupa ltk garam gula..
dh siappp....x sapai 10 minit..hehehe


sambal sotong yg adoooo

pls ignore karipap den yg senget2 tu..xde acu..hahaha


Resepi copy dr blog kak ita jer..mmg sedap...tp tgk la upa karipap aku kecik beso
tp kira ok la masa tgh buat ni pukul 11mlm..mata tgh ngantuk..dak amani lak
tdo jap bgn...janji sedap abg kata..haha...tp nk la x puas hati gak...


puding kastad






Isnin, November 21

Misi bermula......

Sebenar nye misi nk ganti pose sebulan...hehe..mana x nye bersalin kt Amani 2 hr
lagi nk puasa..huhu..masa Husna dulu 21 hari gak aku tinggal.....
Malam td nekad esok nk puasa..
(hari senin)..bgn pkul 4 minum susu + roti 2 keping..bgn pagi perot dh mengelegak
lapar...hehehe...tp alhamdulilah spai sekarang (2.45pm) aku masih bertahan...

tinggal la 29hari lg nk kena ganti ni..klu tak buat dr sekarang rasanye x sempat la
nk ganti sebulan puasa ni..huhu....moga Allah bg aku kekuatan nk berpuasa..dgn dak Amani
menyusu lagi....aminnn



Jumaat, November 18

Cinta Fitri

Sekarang ni suka sgt melayan sinetron indon....punya la byk episode,merelet2 lak tu..tp
aku suke..hehe...startnye masa dlm pantang tu hari la..mana tak nye siap angkut
tv ank aku msuk dlm bilik aku duk melayan cerita ini...dh start keja lps cuti bersalin ni pon
aku x ketinggalan tgk..tiap2 hari time lunch 12.30 mesti blk umah..untung umah dekat..
Cinta Fitri..sapa tgk???.....ada ke org nk jawap ni..hihihi......


                                                        pendukung utama Farrel & Fitri

wahh minat baget gue sama Teuku Wisnu...gantang lagi...padan la sama Shirren Sungkar..
dgrnye dorg mmg betul bercinta...cocok gitu..hehe...skrg dh masuk episode 112
klu tak silap aku...rasa cerita ni start aku preg ke Amani 7bln spai la skrg dia dh 3m lebih..
lama tu...katanye sinetron terpanjang kt Indon nun..selama 7 musim dan 1002 episode
selama 4 thn...aiyokkk...lamanye..harap2 TV9 ada buat sambungan nnti lepas habis
season 1 ni...sekarang pon cerita dia cam nk spai ending...sinopsis cinta fitri
best jgk lagu dorang..tp jrg dgr kt radio...layanzzzzzzz...




Selasa, November 15

tiPs mEnangaNi aNAk♥

Assalam~

Anak-anak ni anugerah dan ujian dr Allah..mmg kena byk,byk,byk (mmg kena byk la tu) sbar dlm mendidik anak2 ni...wpon aku sendiri kurang sabar huhu..Dah ada anak ni yg makin membesar ni baru lah aku tau cam ne
mak aku rasa dulu...harap2 anak2 ummi ikut cam ummi tau..dgr kata..hehe...:))

Renungan:

"Air kecil ini dapat hilang dari badanmu dengan siraman air, namun
betapa sukarnya menghilangkan kesan pukulanmu dari benaknya" Tegur
Rasulullah kepada sahabat yang memukul anaknya ketika anaknya
membuang air kecil.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada sesuatu yang kita dapat belajar dengan situasi di atas.

Anak kecil ini bukanlah manusia yang faham erti kemarahan dan
mereka tidak tahu perbuatan itu salah atau tidak. Tindakan memarahi
anak dalam keadaan mereka tidak tahu perbuatan mereka itu salah
adalah tindakan luar kawal yang perlu dibendung.

Pernah tak anda menghadapi situasi di atas?


Ketika anak anda menangis atau memberontak, ingatlah bahawa
anak anda inginkan perhatian dan kasih sayang. Apabila
berlaku sedemikian, anda hendaklah bertenang dan
beristighfar terlebih dahulu untuk meredakan kemarahan. Ya lah,
siapa yang tidak tertekan apabila anak memberontak dan menangis
sekuat hati.
Kemudian, anda peluk anak anda dan sapu di bahagian
belakangnya. InsyaAllah, anak anda akan mula bertenang
semula.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


 ada sikit tip utk menangani perangai anak2 kita ni..



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas


2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

 "anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"

aku pon rasa dh byk wat silap dlm mendidik anak2 aku ni...mmg kena byk belajar lg...

waallahualam..

wassalam..




.

Patin masak tempoyak

Smlm aku mc konon period paid..tp sakit sikit jer..cuma ngantuk n penat sbb adik skrg asik tdo lewat..tdo lak x lena..tgh mlm bgun xnk tdo..msuk la dlm buai..kemain lama enjut baru tdo..huhu...sekarang biasa la aku 4 beranak jer tiap2 mlm...abg keje...
Ahad lps abg blk dr pasar tani membeli ikan patin...sib baik la ada sikit lg tempoyak lam peti tu...
smlm sempat la masak...kang kempunan lak dia....aku pas bersalin ni rasa kurang selera nk mkn ikan ni...


abg ckp sedap mcm kt kedai makan kt Temerloh...cehhh kononn..
kot nk suh aku masak lg la tu....

bahan-bahan
ikan patin
tempoyak
cili padi
kunyit hidup
daun kesum
timun
air
garam
asam keping

~tumbuk cili padi dgn kunyit hidup,masukan tempoyak
  gaul sekali gan bhn td..masuk lam periuk gaul gan ikan patin td
  masukkan air daun kesum n timun..jerang spai masak
  jgn lupa letak garam n asam keping..

taraaaaa dh siap...pejam mata pon leh buat...pejam mata sebelah boleh la..hehe


duk menyimpan peti  semlm ada la cheese cream balance buat kek lapis cheese persona
beberapa mggu lps...so aku habis kan la....


gini la upa kek lapis cheese persona yg kurang persona..hehe.. sbb cheese cream x berapa
tebal....ni la dessert smlm...resepi ni aku ambik kt blog kak ita....
abg ckp sedappp cam secret resepi...:))

Konvo Tadika Prisma Bistari

Ahad lepas tadika Husna buat hari penyampaian hadiah & sijil utk budak2 6 thn
 kat MS Garden.tp sedih adik kena tinggal kt bs.kang  klu bawak dia jenuh lak melalak nk tdo.
si Husna baru 5 tahun.So ada la ambik bahagian dlm lakonan tajuk nye
"Siti di alam fantasi".kakak jadi bunga tanjung...sempat ambik sikit je gambar camera
kehabisan beteri..adoi..rugi2...




kanak2 6thn yg dirai...

ni dia si bunga tanjung...kemain suka dia..:)

dak Dania yg dh kebosanan....

abah gan kakcik...

my lovely princess

sama jer kan muka kami..hehe
bertuah lak tahun ni..hehehe

tp aku rasa tahun ni kurang sikit dari tahun lepas..cam tahun lepas dpt no kerusi..
thn ni main pakai duduk jer...aku yg dtg lewat duk belakang la...
tp xpe dekat gan meja makan...wakakakaka....kann melantak jer tau...:))
Insyallah klu dpt tahun depan aku kakak msuk pra...


Jumaat, November 11

11.11.11

11.11.11 cantik sungguh tarikh hari ini...Alhamdulilah di beri lagi kesempatan
utk mengirup udara pagi ni..di panjatkan kesyukuran kpd Allah..
jatuh lak pada hari Jumaat yg mulia ni...

cuma nk cite adik bgn pukul 5.30pg td...kasi susu x mau...last2 aku msukkan dlm buai..
gini lah upanya sblm nk tdo td....sempat lagi aku snap wpon tgh mamai..hehe


                                                    tgh mamai isap jari....rockk woooo!!!!!.....
                                                   chupppp.....bunyii........adik2..

kadang2 lima2 jari masuk mulut..nak kasi puting  mmg xnk la
sumbat jer duk wekk wekk....budak cerdik kan adikk...






Khamis, November 10

Setahun menghilang

Assalamulaikum..pembuka bicara..

amboi lama nye aku tinggal blog ni,sampai bersarang dgn cerita hat yg dh lama..
agak dekat setahun lebih gak...last post aku raya  puasa thn 2010..skrg raya haji pon
dh lepas...lama sunggguh..dari ank 2 spai dh masuk 3 skrg ni..hahaha..
spai user gan password pon aku x ingt..sib baik la ada teman
baik ku pija dpt kan blk  user gan p/w tu..makaseh mapiza...lebiuuuu..

tetiba terasa nk berblog blk,saja suka2 nk isi masa lapang kt opis ni....maklum la dtg keje on pc mgadap fb je tu la keja aku..skrg rasa dh cemuih dh....
sepanjang x update blog ni,aku sebenornye preg..tu yg xde mood,malas semuanye ada...

hujung bln 7 lps aku dh selamat melahirkan ank ke 3..ppuan lagi kali ni..alhamdulilah..
tu dia sebulan la aku kena berganti puasa...sehari belum terbuat lg..adoi la..
taraaaa...bby aku ke 3..Nur Danisha Amani di beri nama..
bermaksud..berpengetahuan dan cita2 ku..skrg dh masuk 3bln lebih dh..hehe

                                             day18..  masih merah kulitnye...tp ramai ckp gelap..


                                       betul org tua2 ckp..ibu jg kita dr kaki sebesar 2 jari..huhu

                                        
                                           sangat suci wajah mu wahai anak.....

                                                    manja ummi dh sebulan....

                                          adik masa 2bln lebihh....

                                   yeahhhh adik dh hampir nk meniarap ni ummi...2hr sblm msk 3bln

                                    1 hari sebelum msuk 3bln..yihaaaa adik dh leh nerap..go my girl

                                           adik dh 3bln...kembang2 idung tu tgh meneran..hehe..

sekarang dh pandai menyembur air liur..adoi..adik sib baik la rambut ummi ni lebat..x larat dh
nk menyapu rambut bertaburan kt lantai tu...huhu..
buat masa ni cerita psl bby baru je lah ye..sok2 sambung cite pasal kakak2 dia lak..hehehe.
cukup la kot takat ni...ada byk lagi nk cerita..sambung esok lak...:)